Tugasan 1
Huraikan maksud sejarah media baru dalam kontek penghasilan karya seni digital. Pilih satu atau dua medium bagi menyokong pendapat anda.
Media adalah sebuah alat yang mempunyai fungsi menyampaikan sesuatu maklumat. Media merupakan bentuk jamak dari kata “medium” yang berasal dari bahasa latin yang bermaksud “antara”. Istilah media dapat kita fahami sebagai segala sesuatu yang menjadi perantara atau penyampai informasi dari pengirim pesanan kepada penerima pesanan tersebut. Menurut Kamus Oxford English Dictionary (2003) menyifatkan bahawa media baru merujuk kepada salah satu kaedah elektronik untuk berkomunikasi dan menyalurkan sebarang maklumat.
Kemunculan media baru memberi implikasi yang besar terhadap sosial kehidupan manusia. Media baru secara langsung telah mengubah pola kehidupan masyarakat, budaya, cara berfikir dan hampir segala aspek dalam kehidupan manusia. Perkembangan media ini mendapat tanggapan yang pelbagai, ada yang positif dan ada yang negatif. Media baru adalah media yang memiliki 3 sifat utama iaitu integrasi, interaktif dan digital. Antara contoh-contoh media baru ialah Internet & web, Personal computer, DVDs (Digital Versatile Disc / Digital Video Disc.VCDs (Compact Disc), Portable Media Player, Mobile Phone,Video Games,Virtual Reality
Sejarah media di Malaysia bermula dengan kemunculan media cetak iaitu penghasilan surat khabar yangmana surat khabar menjadi sumber maklumat yang utama dalam kalangan penduduk Malaysia pada ketika dulu. Media cetak menjadi sumber maklumat kepada masyarakat. Setelah itu muncul pula media elektronik dimana media elektronik merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna seperti radio, televisyen, konsul permainan, komputer, telefon dan lain-lain.
Tugasan 2
Huraikan tentang sumbangan teknologi apple computer dalam penghasilan karya seni.
Teknologi Apple menyaksikan satu persembahan yang sangat hebat di kaca mata dunia pada masa ini. Persaingan hebat telah berlaku dalam perusahaan bidang teknologi produksi ‘design’. Kemunculan teknologi Apple merupakan salah satu perusahaan yang sangat berinovasi dengan kepelbagaian gadget dan software serta terdapat perangkat IT yang fungsional dan ada ‘lifestyle’. Terdapat kepelbagaian produk yang telah dicipta seperti iPad, iMac, MacPro dan Mac Book.
Produk-produk Apple |
Seorang yang menyumbang satu usaha yang sangat berharga dengan kemunculan teknologi ini ialah Steve Jobs. Beliau merupakan seorang usahawan dan pencipta yang berbangsa Amerika Syarikat.Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEOof Apple Inc. Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995).
Sejarah perniagaan Jobs telah banyak berbakti kepada imej simbolik seseorang usahawan Silicon Valley yang idiosinkratik dan individualistik, menekankan kepentingan reka bentuk serta memahami peranan penting yang dimainkan oleh estetika dalam menarik perhatian umum. Beliau disanjungi kerana jasanya memajukan pembangunan keluaran-keluaran yang berguna dan anggun pada masa yang sama.
Sejarah perniagaan Jobs telah banyak berbakti kepada imej simbolik seseorang usahawan Silicon Valley yang idiosinkratik dan individualistik, menekankan kepentingan reka bentuk serta memahami peranan penting yang dimainkan oleh estetika dalam menarik perhatian umum. Beliau disanjungi kerana jasanya memajukan pembangunan keluaran-keluaran yang berguna dan anggun pada masa yang sama.
Pada akhir 1970-an, Jobs bersama Steve Wozniak (pengasas bersama Apple), Mike Markkula dan lain-lain, mereka, membangunkan, dan memasarkan salah satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Pada awal 1980-an, Jobs merupakan antara mereka yang julang kali melihat potensi komersil antar muka grafik pengguna pacuan tetikus yang membawa kepada lahirnya Macintosh.Setelah kalah dalam perebutan kuasa dengan lembaga pengarah pada tahun 1984, Jobs meletak jawatan dari Apple lalu menubuhkan NeXT, sebuah syarikat pembangunan platform komputer yang khusus dalam pasaran pendidikan tinggi dan perniagaan.
Pada tahun 1996, Apple membeli NeXT, maka Jobs kembali ke syarikat lama yang ditubuhkannya itu, dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya pada tahun 1997 hingga 2011. Pada 1986, beliau memperoleh bahagian grafik komputer Lucacfilm Ltd lalu mengubahnya menjadi Pixar Animation Studios Beliau kekal sebagai KPE dan pemegang saham majoriti pada 50.1% sehingga Pixar dibeli oleh The Walt Disney company pada tahun 2006. Dengan itu, Jobs menjadi pemegang saham individu terbesar Disney pada 7% dan juga ahli Lembaga Pengarah Disney.
Pada tahun 1996, Apple membeli NeXT, maka Jobs kembali ke syarikat lama yang ditubuhkannya itu, dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya pada tahun 1997 hingga 2011. Pada 1986, beliau memperoleh bahagian grafik komputer Lucacfilm Ltd lalu mengubahnya menjadi Pixar Animation Studios Beliau kekal sebagai KPE dan pemegang saham majoriti pada 50.1% sehingga Pixar dibeli oleh The Walt Disney company pada tahun 2006. Dengan itu, Jobs menjadi pemegang saham individu terbesar Disney pada 7% dan juga ahli Lembaga Pengarah Disney.
Pada awalnya diperkenalkan inovasi GUI (Graphic User Interface) untuk sistem operasi kompter Mac, meningalkan system DOS (Dot Operating System), dunia perkomputeran pun berpaling mengikuti mereka, yang didunia PC (Personal Computer) mulailah dikenal system operasi Windows.
Mac sendiri merupakan jenis komputer yang memiliki fungsi utama sebagai komputer grafik. Komputer grafik yang dimotori oleh Apple membawa perubahan besar pada dunia seni digital, Macintosh sebagai komputer grafik pertama memberi perspektif baru bahawa keindahan seni dilakukan dengan indahnya dengan menggunakan teknik digital. Kedudukan komputer grafik telah diikuti oleh dunia PC, yang didominasi oleh dominator winTel (Windows-Intel).
Tugasan 3
Huraikan tentang kesan penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi idea, rekaan, tiruan dan hakmilik cipta.
Penggunaan media baru banyak memberi kesan samaada berbentuk negatif ataupun positif. Persaingan hebat dalam bidang ini dapat dilihat akannya. Pergerakan dunia yang tiada lagi mengenal akan sempadannya sudah lama berlakuAkibat daripada kesan besar pengaruh media baru, maka pastinya ia memberi satu evolusi kepada cara manusia mendapatkan informasi. Bergantung kepada bagaimana ianya dimanfaatkan, media baru mampu memberikan impak yang tidak terhingga atau sebaliknya.
Media baru telah mewujudkan pelbagai-bagai medium untuk kegunaan masyarakat umum. Antara wadah yang menarik untuk digunakan untuk menghasilkan idea dan karya ialah iPad dan Macbook.
Evolusi media baru memberi kesan hingga terhasilnya globalisasi iaitu aktiviti melampaui sempadan negara. Globalisasi menyingkatkan jarak perhubungan manusia di serata dunia melalui komunikasi elektronik. Pakar-pakar menggambarkan ia sebagai "the death of distance". Ini kerana media baru secara radikal menghapuskan hubungan fizikal dan sosial dengan menjadikan lokasi individu tidak lagi penting dalam hubungan sosial sesama manusia. Dengan wujudnya media baru, maka terhasil masyarakat maya yang bergerak secara dalam talian atau online, kelompok maya ini bergerak sebagaimana apa yang kita lakukan dalam kehidupan biasa seperti bertukar-tukar pandangan ilmiah, melakar perancangan, bercakaran atau menjalinkan cinta.
Perkembangan media baru telah mencetuskan kemunculan komunikasi dunia siber. Secara dasarnya, media baru merupakan internet kerana segala keperluan sosial masyarakat bermula dari informasi, media teks, radio, tv dan segala jenis media terkumpul di dalamnya. Sebagaimana yang kita ketahui, televisyen merupakan sejenis media komunikasi terkenal yang digunakan untuk memancarkan dan menerima gambar bergerak, sama ada monokrom (hitam putih) mahupun warna, lazimnya diiringi bunyi. Peti televisyen yang dijual sejak akhir 1930-an sudah menjadi salah satu alat penerima komunikasi utama dalam rumah, perniagaan dan institusi, khususnya sebagai sumber hiburan dan berita. Melalui televisyen, kita dapat mengetahui tentang perkara yang berlaku di sekeliling kita serta dunia luar. Kita juga dapat mengetahui serta mempelajari perkara baru menerusi rancangan yang disiarkan di televisyen.
Media baru seperti kewujudan internet yang muncul ini telah memberikan peluang kepada pengguna untuk memberikan atau berkongsi idea dan pandangan tentang sesuatu isu yang berlaku di sekeliling mereka. Terdapat pelbagai medium dalam internet yang membolehkan masyarakat menggunakan kemudahan internet secara maksimum dan tanpa had dalam proses demokrasi. Contohnya, kita boleh mencipta laman blog peribadi, terlibat dalam forum, email, video konfrens dan sebagainya. Melalui internet, masyarakat juga dapat mengetahui pelbagai maklumat tidak seperti media tradisional yang hanya terhad kepada maklumat-maklumat tertentu.
Tugasan 4
Pilih dua medium yang berkesan bagi anda dalam penghasilan idea atau karya.
Media baru telah mewujudkan pelbagai-bagai medium untuk kegunaan masyarakat umum. Antara wadah yang menarik untuk digunakan untuk menghasilkan idea dan karya ialah iPad dan Macbook.
Melalui kedua-dua bahan tersebut menyebabkan penggunanya mudah untuk melakukan sebarang perkara seperti mencari maklumat dan membuat projek dengan menggunakan software tertentu. Terdapat kemudahan yang disediakan melalui IPad dan Macbook seperti kemudahan "online' , membunyikan lagu dan lain-lain. selain itu melalui Macbook dapat juga dipenuhkan dengan sofware seperti Adobe Ilustrator, Adobe Photoshop, Adobe Premier, Adobe After Effect, Final cut pro dan Ulead Video Studio.